fbpx

HCF Membantu Mualaf Yang Mengalami Ketumbuhan di kepala

27 Ogos 2024 // Ziarah Mualaf

Alhmdulillah tim HCBt hari ni menyampaikan sumbangan untuk perubatan anak kepada Encik Sukirin Silun di Kampung Silad Ranau.

Anaknya Haikal merupakan alumni IPDAS Keningau. Beliau mengalami ketumbuhan di dalam kepala dan sudah pun menjalankan pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.

Adik Haikal perlu membuat rawatan susulan di Hospital Queen untuk memastikan ketumbuhan tersebut benar2 hilang. Berdasarkan cerita En Sukirin, antara kesan ketumbuhan tersebut menyebabkan saraf mata adik Haikal terhimpit dan menggangu pandangan matanya. Alhmdulillah setelah pembedahan dijalankan pandangan adik Haikal semakin baik daripada sebelum ini.

En Sukirin sangat berterima kasih kepada HCF dan semua penyumbang atas keperihatinan ini dan sempat menitipkan doa kepada semua penyumbang agar terus diberikan kesihatan yang berpanjangan .

Sama sama kita doakan adik Haikal dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian ini dan semoga adik Haikal diberikan kesembuhan yang sempurna aamiinn 🤲🏻

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top