| SYAHADAH |
25 Februari 2024 (Ahad)- Alhamdulillah, dua orang hamba Allah kembali kepada agama fitrah semalam di pejabat HCFPP. Pihak HCFPP dengan bantuan sukarelawan membantu mereka berdua dengan menerangkan tentang Islam, membimbing melafazkan 2 kalimah syahadah dan menyuruskan borang dokumentasi.
Terima kasih kepada team sukarelawan yang turut hadir dalam sesi syahadah sebagai memberi tanda sokongan kepada mereka yang memeluk agama Islam.
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka berdua terutamanyanya dalam mempelajari agama Islam dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengamalkannya.
Doakan urusan kami juga dipermudahkan ALLAH…