SAMPAIKAN RISALAH ISLAM @ CITY WALK PULAU PINANG
1 Januari 2024 (Isnin) – Alhamdulillah, setiap tahun Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang turut sama dengan ahli-ahli NGO Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang menyampaikan risalah Islam dan air mineral di Program City Walk Pulau Pinang. Tahun ini, Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi checkpoint untuk edaran risalah dan air mineral. Lebih 2000 risalah Islam telah diedarkan kepada peserta program City Walk.
Semoga usaha yang kecil ini diberkati Allah dan diberikan hidayah serta taufiq kepada mereka yang membaca risalah tersebut. Terima kasih kepada sukarelawan yang turut sama membantu mengedarkan risalah.