fbpx

Tabung Pembangunan Ekonomi Mualaf

20-22 Oktober 2023

Kursus Asnafpreneur

“Tabung Pembangunan Ekonomi Mualaf”

Alhamdulillah kursus ini telah berlangsung dengan jayanya. 30 orang peserta daripada Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Pagalungan,Ranau, Kota Marudu dan Beluran terpilih telah hadir ke program ini.

Peserta telah diberi bimbingan dalam kursus melalui 5 topik iaitu :

1. Business Model Canvas
2. Rancangan Perniagaan (Company Profile)
3. Pengurusan Kewangan
4. Perundangan Perniagaan
5. Jualan dan Pemasaran

Pada hari terakhir, semua peserta diberi peluang membentang projek perniagaan mereka di hadapan 3 panel yang mana peserta terpilih akan mendapat geran perniagaan daripada Bank Simpanan Nasional.

Jutaan terima kasih kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana telah menaja program ini beserta geran.

Tidak lupa kepada trainer yang hebat-hebat Coach Bibi Akhtar , coach Nathraa Michael dan coach Mazhair Shahroz Muhasip sudi bersama kami membangun asnaf mualaf.

Turut hadir dalam majlis perasmian adalah wakil daripada Bank Negara Malaysia cawangan Sabah.

3 hari yang sangat bermakna.

Mungkin mulanya peserta berharap kepada geran tapi setelah mendapat inspirasi daripada mereka yang telah berjaya : “Tidak dapat geran ini pun tidak apa. Syukur ilmu yang kami dapat sangat berguna. Saya dapat berkenalan dengan ramai orang hebat.”

In sya Allah, semoga semuanya berjaya dunia apa lagi akhirat.

#hcfxbsn
#usahawanmualaf
#kap2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top