| Hiking Bukit Jambul |
22 Oktober 2023 (Ahad) – Alhamdulillah, satu program antara sukarelawan dan rakan mualaf telah diadakan iaitu mendaki Bukit Jambul. Bersama juga seorang rakan non-muslim turut bersama. Program yang ringkas tetapi sangat bermakna dalam pembinaan ukhwwah serta tubuh badan yang sihat.
Pendakian Bukit Jambul bertemakan Palestine di hati mengambil semangat perjuangan jihad sahabat-sahabat seakidah kita di Palestine.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan berjaya mendaki bukit hingga ke atas.