fbpx

Dua Orang Mualaf Santunan HCF Kini Bergelar Suami Isteri

| PERNIKAHAN BRO. ABDUL RAHMAN TINESWARAN & NURSUFIYA |

14 Julai 2023 (Jumaat) – Di hari yang penuh barakah, dua orang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah bergelar suami isteri. Akad nikah telah berlangsung di Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Komtar.

HCFPP mendoakan mereka dengan ucapan :”Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair.” yang bermaksud : “Mudah-mudahan Allah memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan Moga² Allah himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebaikan”.

Wakil HCF iaitu Tn. Hj. Mohd Yusni Ghazali dan beberapa orang staf dan sukarelawan HCFPP telah hadir ke majlis ini sebagai memberi sokongan dan menyantuni saudara baru. HCFPP juga turut menyumbang sedikit saguhati kewangan bagi kelancaran majlis dan meringankan bebanan mereka.

Semoga perkahwinan mereka dikurnia sakinah, mawaddah, dan rahmah. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Semoga berkekalan hingga ke syurga!

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top