fbpx

Program Sumbangan Berbuka Puasa Bersama Saudara Baru

Pada 1 April 2023 Sabtu yang lepas, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah melaksanakan Program Sumbangan Berbuka Puasa Bersama Saudara Baru atau lebih dikenali Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Cawangan Sibu yang bertempat di Dewan LAKIS, Sibu. Lebih kurang sekitar 100 orang saudara baru dan ahli keluarga telah hadir pada hari tersebut yang rata-ratanya mereka datang dari sekitar kawasan Sibu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Peryatim Sarawak merangkap Pengerusi Exco Peryatim Sibu, Datuk Mohammad Yusnar Bin Matalie. Selain itu, majlis ini juga diserikan lagi dengan bacaan ayat suci Al Quran yang dilantunkan oleh Nurul Ain merupakan Saudara Baru yang mengikuti kelas bimbingan di bawah Hidayah Centre Foundation Sibu. Tidak lupa juga pada majlis tersebut, Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Chathazman Bin Abdullah berkaitan tentang Ramadhan dan Saudara Baru. Di akhir majlis, sebelum para hadirin dihidangkan dengan juadah berbuka puasa, para hadirin dihiburkan dengan persembahan yang disampaikan oleh Buskers Sibu.

Antara tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk meraikan saudara baru serta keluarga mereka melalui aktiviti berbuka puasa dalam bulan Ramadan, mendapatkan dana operasi untuk Hidayah Centre Foundation Sibu dan dana bantuan kebajikan sepanjang Ramadan, menggalakkan penglibatan sektor awam & swasta untuk bersama-sama membantu usaha Hidayah Centre Foundation dalam memberi pendidikan dan permerkasaan kepada saudara baru serta mengukuhkan ukhwah dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak, khususnya di Kawasan Sibu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top