HCP| 1 April 2023 | Surau Al Raudah Kg Dambai, Papar
Tajaan Iftar Mualaf Hidayah Centre Foundation Sabah 2023
Alhamdulillah selesai Majlis Iftar bersama 50 keluarga mualaf. Beberapa orang penduduk non-Muslim juga turut hadir untuk memeriahkan majlis dan juga menerima sumbangan.
Turut hadir bersama adalah Ustaz Rapi bin Manji, YDP IKRAM Papar yang juga memberi pengisian semasa majlis dan menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Selain itu, tazkirah daripada Ustaz Wahid bin Rahim wakil dari Jakim. Beberapa staff HCKK juga datang membantu dalam program ini.
Semoga majlis ini memberi kegembiraan kepada semua yang diraikan.
Setinggi penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman.