fbpx

PROGRAM CUTI SEKOLAH @ SMART CAMP 2023

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang turut bekerjasama dalam menghantar peserta dari kalangan anak-anak mualaf ke Program Cuti Sekolah @ Smart Camp 2023 bertempat di Teratak Bonda, Padang Menora.

Program ini telah berjalan selama 4 hari 3 malam bermula 20 – 23 Februari 2023. Seramai 17 orang peserta dari kalangan anak-anak mualaf sertai. Peserta di bimbing dengan pelbagai program contohnya seperti mempelajari teori & praktikal Solat, hafazan surah, bacaan & doa harian dan banyak lagi.

Semoga program ini memberi kekuatan kepada para peserta khususnya peserta dari kalangan anak mualaf untuk terus istiqamah dalam mempelajari ilmu-ilmu Islam.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Scroll to Top