19 Januari 2023Khamis HCF Kota Samarahan
Syukur pada 19 Januari 2023, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kota Samarahan telah menghadiri majlis perkahwinan saudara baru kita, Nur Aleeya Albert dan pasangannya, Ismadi Drahman di Pejabat Agama Islam Bahagian Kota Samarahan.
Untuk itu juga, kami dari Hidayah Centre Foundation Sarawak turut mengucapkan tahniah kepada saudara baru kita ini dan terus berdoa supaya pernikahan ini menjadi jambatan yang kuat untuk terus mengenali dan belajar tentang Islam. Tahniah kami ucapkan.