Alhamdulillah, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah mengadakan Bengkel Close The Sale Training yang diadakan di Pejabat Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu pada 18 Disember 2022, bengkel ini dihadiri oleh 21 orang peserta di sekitar kawasan Sibu.
Bengkel Close The Sale Training ini disampaikan oleh Tuan Noli Bin Husain, Exco GDM Pusat dan Pengarah Jabatan Outreach Hidayah Centre Foundation secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Antara pengisian yang disampaikan sewaktu bengkel tersebut adalah kenapa perlu ceritakan Islam kepada semua dan bagaimana menjelaskan Islam secara mudah dengan teknik A.S.A.R.A-PK.
Semoga dengan ada nya Bengkel Close The Sale Training ini, para peserta dapat belajar dan mengetahui mengapa kita perlu menceritakan Islam kepada semua orang dan secara tidak langsung juga dapat belajar untuk menyampaikan Islam dengan mudah menggunakan teknik A.S.A.R.A-PK.