fbpx

HCFPP BERSAMA DALAM RETREAT GDMPP MERANCANG DAKWAH DI PULAU PINANG

8 Januari 2023 (Ahad) – Alhamdulillah , HCFPP turut terlibat aktif dalam Retreat GDMPP semalam yang diadakan di Hotel OZO George Town, Penang. Seramai 11 NGO yang terdiri 20 orang peserta telah hadir antaranya HCFPP yang merupakan ahli NGO ahli gabungan GDMPP. 3 orang perwakilan HCFPP iaitu Hj. Mohd Yusni Ghazali, Pengurus HCFPP juga merupakan Pengerusi GDMPP, En. Ahmad Shiham Sukhri dan En Muhammad Haziq Roslan.

Setiap peserta dipecahkan kumpulan mengikut teras strategik (KRA) berteraskan Pelan Dakwah Kebangsaan (PDK) bagi membincangkan inisiatif- inisiatif strategik yang yang boleh dilaksanakan bagi melonjakkan dakwah khususnya di Pulau Pinang. Pelbagai idea dan pandangan telah dilantorkan dari setiap peserta agar dakwah di Pulau Pinang berjalan dengan lancar, tersusun dan sistematik.

Kita berdoa agar usaha ini diberkati dan diredhai oleh Allah taala.

Jom Kongsi pahala di www.dahsedekah.com .

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top