27 November 2022
Ahad
HCF Sibu
Pada 27 November 2022 yang lepas, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah mengadakan program Mosque Open Day (MOOD) di Masjid An Nur Sibu dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid An Nur Sibu, Jabatan Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah (HIKMAH) Cawangan Sibu, Klinik Kesihatan Jalan Oya, YADIM Cawangan Sibu, PERKTHIS Cawangan Sibu, IKRAM kawasan Sibu, Rakan Hidayah Sibu, Woman Organization of Change, Baitulmal Sarawak Cawangan Sibu dan Perkim Cawangan Sibu.
Mosque Open Day merupakan program hari terbuka masjid yang mengajak semua masyarakat tidak mengira agama dan bangsa untuk mengetahui tentang simbolik di sebalik seni bina masjid, dan menerangkan tentang keindahan Islam secara harmoni dan mesra. Program ini telah dihadiri pelawat seramai 55 orang dari kalangan orang Islam dan bukan Islam.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini adalah Mosque Tour yang menerangkan tentang ibadah dan fungsi Masjid, Acara kanak-kanak, booth Hijab Corner: How Do I Look in Hijab, Gerai pameran, Seminar “Malaysian Against Pornografi” dan free flow makanan juga disediakan.
Semoga dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan diantara pelbagai kaum dan agama.