Pada hari Khamis yang lepas, 27 Oktober 2022, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah melakukan kunjungan rasmi ke Masjid An-Nur Sibu, yang telah diwakili oleh dua orang kakitangan Hidayah Centre Foundation.
Kunjungan rasmi ini diraikan oleh Pengerusi JK Masjid An-Nur, Sibu dan beberapa ahli JK yang lain. Pelbagai perbincangan dan perkongsian yang dibicarakan sepanjang kunjungan rasmi itu diadakan seperti berbincang tentang program yang dapat dijalankan bersama pada masa yang akan datang.
Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih kepada Ahli JK Masjid An-Nur Sibu.