31 OGOS 2022 –
Hidayah Centre Foundation Bandar Tun Razak (HCFBTR) telah menghantar wakil saudara baharu untuk terlibat dalam program Flashmob Merdeka anjuran Wanita IKRAM Kuala Lumpur bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.
Tiga orang saudara baru dan ahli keluarga telah mewakili HCFBTR mendeklamasikan sajak dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu (Sis End), bahasa Tamil (Sis Aishah) dan bahasa Mandarin (Sis Hazelyn). Program tersebut turut menganjurkan pelbagai acara menarik yang turut diisertai oleh masyarakat awam yang berkunjung di situ. Tidak lupa juga, sukarelawan Rakan Hidayah iaitu Sis Fahima yang menjadi pengacara majlis pada hari tersebut.
Program ini merupakan satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelbagai bangsa dan latar belakang masyarakat. Keistimewaan dalam menjalinkan hubungan silaturrahim antaranya mendapat keredaan Allah SWT, didoakan oleh malaikat, dipanjangkan umur serta memperolehi keberkatan rezeki.
????? ?????????? ???:
“??????? ???? ????? ???? ????????? ?????????? ??? ??????? ????????????, ???? ????????? ??? ????????????? ???????????.”
(??????? ??????? ??? ??????)
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#RakanHidayahBandarTunRazak
#hcf.btr