fbpx

Riadah HCF BTR di Taman Tasik Permaisuri

[24 Julai 2022, Taman Tasik Permaisuri, KL]

Alhamdulillah, pada awal pagi hari ini, ahli usrah HCF BTR telah bersama-sama meluangkan masa beriadah (rehlah) di Taman Tasik Permaisuri. Suasana pagi yang nyaman itu turut diserikan oleh kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang memberikan sokongan yang tidak terhingga.

Objektif program dirangka untuk merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli serta penekanan terhadap pentingnya mengekalkan tubuh badan yang sihat. Sesuai dengan itu, antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah senaman Qigong, sarapan pagi, sedikit perkongsian serta aktiviti bebas bersama keluarga.

Untuk maklumat, ahli-ahli usrah HCF BTR terdiri daripada kalangan sukarelawan dan saudara baru yang masih memilih untuk meneruskan tarbiah (pendidikan) setelah tamat Kelas Bimbingan Islam di HCF BTR sebelum ini.

Semoga para sukarelawan dan saudara-saudara baru yang lain akan terus bersama dengan HCF BTR melalui lebih banyak program usrah yang akan datang. Jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang menyokong usaha-usaha ini.

#HCFBTR
#SampaikanIslam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top