Pada hari Isnin, 27 Jun 2022, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kuching telah melakukan lawatan muhibbah ke PERKIM Sarawak yang telah diwakili oleh lima orang kakitangan Hidayah Centre Foundation ke sana.
Kunjungan rasmi ini diraikan oleh beberapa pegawai yang mewakili pihak PERKIM Sarawak. Pelbagai perbincangan mahupun perkongsian yang diberikan sepanjang kunjungan rasmi itu diadakan seperti berbincang tentang program yang dapat dijalankan secara bersama pada masa yang akan datang.
Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih PERKIM Sarawak.