fbpx

Produk Perfume Diasakan Oleh Mualaf Santunan HCF Kota Kinabalu

SS Aura Perfume diasaskan oleh Puan Suesyella seorang mualaf santunan HCF Kota Kinabalu.

Puan Suesyella memulakan perniagaan minyak wangi ini secara jualan atas talian dan dropship. Tim kami telah mengenalpasti kesungguhan dan potensi beliau kemudian menawarkan bantuan kepada Puan Suesyella.

Puan Suesyella berniat ingin membuka sebuah kedai bagi memudahkan pelanggan mengambil stok dan juga memilih wangian idaman mereka memandangkan sebelum ini hanya menyimpan stok di rumah dan kurang privasi kepada teman serumah (ketika itu masih bujang).

Alhamdulillah atas sumbangan anda semua kita telah bantu realisasikan impian beliau.

Kedai ini telah beroperasi sejak awal tahun 2022 dan terletak di One Place Mall Putatan.

Tahniah dan semoga terus maju jaya kami doakan!

(Semasa ziarah dilakukan Puan Suesyella tiada bersama kerana sedang kuarantin)

Bah urang Sabah, mari support local! Founder anak jati Sabahan asal Keningau.

Siurang dengar-dengar founder sudah order mesin untuk buat minyak wangi. Jadi kalau kamurang mau jadi founder juga pun bulih!

Bah follow diurang https://www.facebook.com/SS-AURA-perfume-105505374403470/

#sampaikanislamperkasakanmualaf
#mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top