fbpx

Majlis Akad Nikah Mualaf di Sibu Sarawak

Syukur pada 20 Mei 2022 Jumaat yang lepas, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Sibu telah menghadiri dan ditugaskan sebagai saksi pernikahan Majlis Akad Nikah saudara baru kita, Encik Muhammad Alfred Imran Bin Abdullah dan pasangannya Nur Shireen Grace Binti Nyelang di Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu.

Majlis Akad Nikah tersebut juga telah dihadiri oleh kakitangan Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu, ahli keluarga mempelai dan diraikan oleh kakitangan Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu serta Rakan Hidayah Sibu.

Untuk itu juga, kami dari Hidayah Centre Foundation Sarawak turut mengucapkan tahniah kepada saudara baru kita ini dan terus berdoa supaya pernikahan ini menjadi jambatan yang kuat bagi Encik Muhammad Alfred Imran Bin Abdullah dan pasangannya, Nur Shireen Grace Binti Abdullah untuk terus mengenali dan belajar tentang Islam. Tahniah kami ucapkan.

#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top