Pihak Hidayah Centre Foundation telah menerima berita pemergian bonda tercinta saudara Asyraf Tan, (Rakan Hidayah Pulau Pinang) sekitar waktu pagi hari ini.
Sehubungan itu, pihak HCF Perlis diwakili oleh Ustaz Firdaus Azizan bersama Rakan Hidayah Perlis telah mengunjungi rumah mendiang dan menyampaikan salam takziah buat saudara Asyraf Tan sekeluarga.
Pihak HCF Perlis berpeluang menyantuni keluarga mendiang dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada Hidayah Centre Foundation Perlis.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf