fbpx

SAMBUTAN SELAMAT HARI RAYA SEMPENA SEDEKAD HCF BTR TERIMA KUNJUNGAN PARA PENYUMBANG

(14 MEI 2022 | 13 SYAWAL 1443H)

Bertemakan ‘Sedekad Menyantuni dan Memperkasakan Mualaf’, Hidayah Centre Foundation cawangan Bandar Tun Razak (HCF BTR) telah menganjurkan satu majlis Sambutan Hari Raya Bersempena dengan 10 Tahun Penubuhan HCF BTR.

Seramai lebih 100 orang tetamu telah hadir terdiri daripada para pelajar dan keluarga termasuk pelajar mualaf dan non-muslim, alumni kelas di HCF BTR, para sukarelawan, para penyumbang serta kenalan-kenalan di sekitar kejiranan pejabat operasi HCF BTR yang baru pertama kali hadir ke pejabat ini. Terserlah rasa kegembiraan dan kekeluargaan pada raut wajah mereka.

Selain juadah raya yang beraneka jenis, sesi tayangan video 10 tahun aktiviti HCF BTR telah diadakan. Suasana begitu menyentuh terutamanya ramai antara yang hadir dapat merasai pelbagai cabaran yang telah mereka lalui sejak bermulanya penglibatan bersama HCF BTR. Sebahagian ahli keluarga sukarelawan dan pelajar HCF BTR yang telah tiada di dunia.

Majlis ini membuka satu peluang mengeratkan hubungan antara ahli dan tetamu yang hadir. Pada majlis yang sama, seorang pelajar HCF BTR telah melafazkan syahadah sambil disaksikan oleh ibu beliau seorang non-Muslim yang turut hadir. Salah seorang penyumbang telah diberi peluang untuk membantu proses syahadah tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja majlis di HCF BTR. Semoga Allah memberkati rezeki para penyumbang rezeki dan tenaga serta membalas dengan sebaik-baik ganjaran buat mereka semua.

#RakanHidayahBandarTunRazak
#HidayahCentreFoundationWPKL

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top