fbpx

Mualaf Yang Diuji Pelbagai Musibah Telah Diberi Bantuan oleh HCF Sabah

10/5/2022 | Kota Kinabalu

Team HCKK telah menyantuni seorang mualaf di Kg. Tebobon dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada keluarga ini. En. S merupakan mualaf yang telah disantuni sejak tahun 2020.

Ketika itu En. S sangat sedih kerana diuji rumahnya dimasuki banjir akibat hujan lebat tanpa henti. Beliau pernah mengalami kemalangan di tempat kerja dan telah memberi kesan kepada tulang belakangnya dan ini menyebabkan keadaan kesihatan beliau juga terganggu kerana perlu memindahkan barang ke tempat lebih tinggi.

HCF telah mengambil inisiatif dengan membantu menyalurkan sedikit dana untuk membina tembok di sekeliling rumahnya bagi mengelakkan air masuk apabila banjir. Syukur dengan dana tersebut dan pengeluaran KWSP yang beliau buat maka beliau dan isteri telah membuat keputusan untuk menambah ruang rumah tersebut kerana sebelum ini hanya ada sebuah bilik, tiada ruang tamu dan dapur yang sempit bagi mereka 3 beranak (ada anak perempuan) tinggal.

En. S tidak henti-henti mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas bantuan yang disalurkan kerana sokongan yang kita berikan dengan sumbangan dari penyumbang budiman telah meringkankan beban keluarga ini.

“Dulu setiap kali hujan saya sangat risau. Mau sedia-sedia sudah angkat barang dan pindahkan anak isteri. Sekarang bila hujan, daripada 100% kerisauan, tiada lagi kerisauan saya” Katanya pada pertemuan kami sebelum ini.

Alhamdulillah. Semoga Allah gandakan pahala penyumbang budiman semua.

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top