fbpx

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI HARMONI 2022.

Alhamdulillah, semalam telah diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2022 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation juga pelbagai NGO lain bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Hampir 100 orang tetamu yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama dari pelbagai pertubuhan & wakil rumah ibadah telah hadir meraikan majlis yang diadakan meriah tetapi sederhana ini.

Antara aktiviti yang menarik perhatian para tetamu adalah pertandingan kuiz mengenai asas Islam yang disertai tetamu bukan Islam. Para tetamu turut berpeluang menyertai Mosque Tour di dalam Masjid Wilayah Persekutuan yang indah ini. Alhamdulillah, pelbagai juadah telah dihidangkan buat para tetamu yang hadir bagi bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top