HCKM | 25/02/2022 (Jumaat)
Alhamdulillah. Pada hari ini 3 orang tetamu istimewa iaitu Pastor Juri Rumondok (Gereja SDA Marak Parak, Kota Marudu), Pastor Max Selamat Buloh (Gereja SDA Kelawat, Kota Belud), dan Pastor Lambrin Mabin (Gereja SDA Langkon Kota Marudu) telah hadir bersama-sama mendengar Khutbah Jumaat di Masjid At-Taqwa, Kota Marudu, Sabah.
Selepas selesai solat jumaat, kami berkesempatan membawa tetamu istimewa ini menjelajah sekitar luar & dalam masjid sambil menerangkan cara ibadah orang Islam.
Mereka sangat gembira & teruja dengan aktiviti hari ini kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka memasuki masjid & mendengar khutbah secara langsung.
Aktiviti hari ini merupakan kesinambungan kerjasama selepas kunjungan hormat Pastor Juri Rumondok kepada Hidayah Centre Foundation Kota Marudu & AJK Masjid At-Taqwa, Kota Marudu.
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf