fbpx

Seminar Keharmonian Dalam Masyarakat Majmuk Fasa 1

13 Februari 2022 Ahad
HCF Kuching Samarahan

Pada 13 Februari 2022 yang lepas, Ahad. Hidayah Centre Foundation Cawangan Kuching Samarahan telah melaksanakan Seminar Keharmonian Dalam Masyarakat Majmuk Fasa 1 yang bertempat di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Seramai 60 peserta yang mengikuti seminar tersebut yang rata-ratanya diikuti oleh pelajar Semester 1 Diploma Dakwah Islamiyyah yang diadakan dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.

Antara penceramah yang terlibat di dalam seminar ini ialah Tuan Haji Muhammad Fakharuddin Bin Abdul Kudos selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation, Encik Abdul Rahim Abdul Hamid selaku Pengarah Operasi Hidayah Centre Foundation, Encik Fathurrahman Bin Othman selaku Pengurus HCF Sarawak, Encik Mohamasir Muhammad selaku Pegawai Eksekutif HCF Bintulu dan Puan Norazwa Mohd Asri selaku Pegawai Eksekutif HCF Samarahan.

Semoga Seminar Keharmonian Dalam Masyarakat Majmuk yang disampaikan kepada pelajar Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) ini difahami dan dipraktiskan sebaiknya. Terima kasih Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

?Info lanjut mengenai HCF :
?Web: www.hidayahcentre.org.my
?Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
?Telegram: https://t.me/buletinHCF

?Kongsi Pahala:
? 5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF Kuching

Hubungi HCF Kuching: 014-9924886 (Sis Masmeara)

#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top