fbpx

Kursus Tenaga Pengajar Mualaf Siri 2 Bantu Tingkat Keberkesanan dalam Pemerkasaan Mualaf

Kursus “Training of Trainer” ( T.o.T) Tenaga Pengajar Mualaf Hidayah Centre Foundation (HCF) 2021 (Siri 2) telah dilaksanakan secara bersemuka menumpukan kepada nilai tambah kepada para pengajar mualaf serta membantu keberkesanan dalam menyampaikan pembelajaran dan pemerkasaan mualaf.

Terdahulu, kursus ini berlangsung pada 5 Disember 2021 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada Tenaga Pengajar Mualaf HCF Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. HCF Wilayah Tengah selaku pengajur dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) optimis melaksanakan kursus secara fizikal mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan susulan pandemik COVID-19.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh yang berusaha En Joannes bin Lukas, Pengurus bahagian Operasi, Hidayah Centre Foundation.

Perbincangan dan pengisian kursus telah dikendalikan oleh Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir yang merupakan pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga penulis buku Fiqh Mualaf; Ustaz Muhammad Jaiz Mariappan Abdullah iaitu Pegawai Dakwah PERKIM serta En Kamarul Zaman Noor Mohamed yang merupakan panel penasihat akidah di Jabatan Mufti Negeri Selangor. Antara topik yang dibincangkan dalam kursus ini adalah realiti mualaf, model pemerkasaan mualaf mengikut Islam dan kajian kes mualaf.

Semoga kursus ini dapat membantu tenaga pengajar dalam memberikan suntikan modal insan dalam pemerkasaan mualaf.

#TOTTenagaPengajarMualaf
#PemerkasaanMualaf
#HidayahCentreFoundationWilayahTengah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top