Tarikh: 14 November 2021
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Medium : Secara Online (Google meet)
Alhamdulillah, HCF Sabah telah berjaya mengadakan Kursus Pemantapan Solat Saudara Baru yang dianjurkan secara atas talian. Antara penceramah jemputan dan tajuk yang dibincangkan pada kali ini adalah :
1.Solat & Kesihatan : Dr.Nurulhuda Binti Muharam (IKRAM HEALTH Kota Kinabalu)
2.Rukun Solat & Perkara Yang Membatalkan Solat : Ustaz Yusuf Bin Lahadi (Pegawai Dakwah KDMRS Muslim Ranau
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan memantapkan ilmu tentang solat kepada saudara baru dan menjelaskan kelebihan-kelebihan solat.
Semoga usaha dalam membimbing dan membangunkan saudara baru dari aspek pendidikan melalui norma baharu ini dapat memberi manfaat kepada semua saudara baru.
Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah :
Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No Akaun : 5505 1085 0017 ( Maybank )
Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+60165366100
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”