11 Nov, Ipoh – Tim HCF Pusat berkesempatan mengunjungi Pusat Komuniti HCF yang baru di Meru Heights, Ipoh sempena lawatan CEO ke Utara. Dalam kunjungan tersebut, CEO HCF Hj Fakharuddin melahirkan rasa teruja dan gembira dengan usaha-usaha keras HCF Perak diketuai Tuan Abd Karim, pengurus HCF Perak, staf dan ahli Rakan Hidayah Perak menggerakkan komuniti sekitar Ipoh untuk menjayakan misi HCF.
Kewujudan pusat komuniti HCF tersebut yang diamanahkan oleh dermawan budiman dan penyokong tegar HCF, diharapkan dapat menjadi “pangkalan amal” untuk melonjakkan dakwah di negeri Perak khususnya di Ipoh.
Kehadiran ahli Rakan Hidayah dalam sesi gathering tersebut menjadi saksi bahawa masa depan dakwah di Ipoh akan semakin subur dan rancak insha Allah.
Sertai Rakan Hidayah! Klik https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/
Jom Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf