fbpx

Memperkenalkan Islam Melalui “Program Street Dakwah” di Pulau Pinang

Alhamdulillah, Sabtu 30hb Oktober 2021, Rakan Hidayah Pulau Pinang bersama-sama Pertubuhan Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan Street Dakwah diperkarangan Bandar Sunway, Seberang Jaya dan Georgetown bersempena dengan Kempen Kenali Nabi Muhammad saw. Sebanyak 150 pek goodies beserta pamplet Nabi Muhammad saw telah diedarkan kepada masyarakat muslim dan non muslim yg lalu disekitar kawasan tersebut.

Program ini bermula pada 9.45 pg dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Seramai 11 orang Sukarelawan yang hadir menjayakan misi kali ini.

Untuk makluman semua, program ini bertujuan untuk menyampaikan risalah berkenaan Nabi Muhammad saw kepada masyarakat muslim dan non muslim.

Harapan kami agar lebih ramai dapat mengenali susuk mulia Rasulullah SAW dan menyedari akan keindahan risalah baginda.

Bagi yang ingin menyertai Sukarelawan Rakan Hidayah Pulau Pinang, sila hubungi Bro Ard (Fb: Kerelazhar Karim)

“Sampaikan Islam, Pekasakan Mualaf”

#RakanHidayahPulauPinang
#HidayahCentreFoundationPulauPinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top