fbpx

Hcf Sabah Menjalinkan Kerjasama Bagi Membantu Masyarakat Yang Memerlukan

22 Oktober 2021 – Alhamdulillah Program Kembara S.I.U.K (Sumbang.Interaksi.Usrah.Kerjasama) anjuran YADIM Negeri Sabah kerjasama HCF Papar dan KDMRS Muslim Papar telah berjaya dilaksanakan di Kg Belatik,Papar. Turut hadir bersama Pengarah YADIM Negeri Sabah YBhg Ustaz Muhammad Akmal Othman Al Hafiz.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah :

1.Ziarah 10 keluarga asnaf di Kg Belatik dan Kg Gadong.
2.Sumbangan 1 kerusi roda dan 1 keluarga dhoif.
3.Sumbangan bakul makanan 20 keluarga asnaf.
4.Sumbangan peralatan Surau.
5.Kuliah maghrib di Surau Nur Hidayah Kg Belatik.

Semoga kerjasama yang berterusan ini dapat melonjakkan lagi gerak kerja kebajikan di HCF Papar dan membantu masyarakat yang memerlukan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YADIM Negeri Sabah dan para penyumbang yang budiman atas sumbangan yang diberikan.

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah :

Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No Akaun : 5505 1085 0017 ( Maybank )

Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+601118812126

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top