fbpx

DAURAH ONLINE : Dakwah Masyarakat Majmuk “ASARA-PK”

Alhamdulillah pada hari Isnin 6 September, HCF Pahang dengan kerjasama IKRAM Negeri Pahang dan Gabungan Dakwah Kebangsaan telah menjalankan Daurah terbuka dengan membawa tajuk “Dakwah dengan kaedah ASARA-PK” yang disampaikan oleh Tuan Noli Husain, Pengarah Jabatan Outreach Hidayah Centre Foundation.

Kira-kira lebih 170 peserta yang terdiri dari pelbagai latar-belakang institusi dakwah dan NGO bersama dalam daurah ini yang dimulakan dengan ucapan pembuka dari Hj Abdul Karim Awang Kechik, timb. YDP IKRAM Negeri Pahang, dan diakhiri dengan ucapan penutup dari CEO HCF, Tuan Haji Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos.

Memetik kata pengerusi majlis, 11.11 bukan sahaja dikenali sebagai tarikh anda setia menunggu untuk membeli barangan diskaun di platform Shopee, namun sekarang menandakan kesanggupan semua untuk bersama dalam perkumpulan ilmu dan dakwah sehingga jam 11.11 malam! ? HCF Pahang sangat menghargai dan mendoakan semoga usaha kita semua dirahmati Allah SWT In shaa Allah.

Ayuh! HCF Pahang menjemput tuan puan untuk bersama kami, berkongsi buah fikiran, masa dan tenaga anda membantu usaha & aktiviti berkongsi mesej Islam dan memperkasa mualaf di seluruh Malaysia, dengan mendaftar sebagai sukarelawan Rakan Hidayah di link ini ?https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/.

Kami turut mempelawa tuan puan, untuk bersama Hidayah Centre Foundation menjadi ANSAR kepada saudara-saudara baru kita. Sertai Ansar Initiative, hanya RM1 sehari berkongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf dengan melayari link ini (Atau scan kod QR di gambar yang disertakan):?https://hidayahcentre.org.my/ansar/

Jom kita bersama dengan apa jua yang kita mampu! Semoga usaha ini menjadi saham yang berterusan di akhirat kelak In shaa Allah.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#ANSARInitiatives
#RakanHidayah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top