fbpx

KELAS ONLINE SAUDARA BARU

13 Julai 2021- Telah berlangsung kelas fardhu ain untuk muallaf melalui aplikasi zoom. Kelas ini disampaikan oleh Ustaz Kamaruzzaman dengan tajuk Ibadah Korban : Sunnah Para Nabi.

Semoga ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzzaman ini dapat memberikan manfaat serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada kepada para Muallaf dalam mendalami Islam.

Sampaikan Islam, Perkasakan Muallaf

Rakan Hidayah merupakan satu komuniti sukarelawan yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation, sebuah pusat sokongan saudara baharu dan dakwah kepada masyarakat majmuk. Peranan utama Rakan Hidayah ialah membantu pelaksanaan projek-projek anjuran Hidayah Centre Foundation. Selain daripada bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktiviti dan gerak kerja sukarelawan, Rakan Hidayah juga melaksanakan program sesama sukarelawan bagi memupuk persefahaman dan ukhwah yang berkekalan.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli Rakan Hidayah, anda boleh mendaftar di https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/

Rakan Hidayah sentiasa mengalu-alukan seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai komuniti sebagai ahli dan sukarelawan. Mari gembleng tenaga bersama kami, kita berganding bahu menjayakan misi “Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top