fbpx

Penyerahan Hamper Kepada Masyarakat Iban Seramai 15 Keluarga

HCF Bintulu

Pada 30, 31 Mei dan 1 Jun 2021, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu, Sarawak telah menyerahkan hamper kepada masyarakat Iban seramai 15 keluarga yang akan menyambut perayaan Gawai di sekitar Bintulu.

Program ini di adakan bertujuan untuk meraikan perayaan Gawai yang akan di sambut oleh masyarakat Iban di Bintulu dalam masa yang sama merapatkan hubungan antara kaum yang ada di Bintulu, Sarawak.

Walaupun tidak dapat meraikan seperti sebelum ini di sebabkan wabak Covid 19, tapi Hidayah Centre Foundation mengambil alternatif dengan seorang dari ahli sukarelawan Rakan Hidayah yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation menyerah 1 hamper kepada individu atau keluarga yang akan menyambut perayaan Gawai. Secara tidak langsung dapat mengelakkan dari berkumpul beramai-ramai dan dapat menjaga SOP.

Harapan dari Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu, Sarawak. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat menggembirakan masyarakat Iban yang akan menyambut perayaan Gawai dan dapat merapatkan lagi hubungan antara kaum yang majmuk di Sarawak khususnya di Bintulu.

🔎Info lanjut mengenai HCF:
🌐Web: www.hidayahcentre.org.my
📷Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
🆕Telegram: https://t.me/buletinHCF

📥Kongsi Pahala:
🏧 5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF BINTULU

Hubungi HCF Bintulu: 013-8178159 (Ustaz Mohamasir Muhammad)

#GawaiDayak2021
#HidayahCentreFoundationBintulu
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top