fbpx

Syahadah Ramadan

Sayu sebak rasa di hati mengenangkan hadiah istimewa yang Allah dikurniakan lewat hari ini. Seusai solat tarawih, kami bergerak ke Sungai Buloh setelah menerima panggilan dari seorang anak muda yang ingin bertemu kami untuk membantu memenuhi impian ibu beliau yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Islam.

Rupa-rupanya anak muda ini telah pun memeluk Islam beberapa tahun yang lalu. Beliau sering membawa ibunya bertemu temannya yang Muslim. Ibunya seronok mendengar alunan Al-Quran yang dibacakan teman anaknya. Ibunya suka melihat kehidupan teman anaknya yang begitu teratur sekali sebagai Muslim. Solat, berdoa, kebersihan, membaca Al-Quran dan berperaturan. Perkara-perkara ini yang membuatkan hati beliau lebih tertarik lagi dengan Islam.

Kehadiran kami ke rumahnya membuatkan ibu ini begitu teruja. Bergenang air matanya. Dua hari lepas, beliau benar-benar meminta anaknya panggilkan orang untuk beri penerangan mengenai Islam. Bersungguh-sungguh beliau menyatakan keinginan hati untuk melafazkan syahadah. Bukan beliau seorang rupanya. Seorang lagi anaknya juga turut mahu bersyahadah.

Alhamdulillah, setelah penerangan diberikan,tanpa sebarang paksaan beliau terus melafazkan syahadah disaksikan anaknya sendiri. Allah hadiahkan dua jiwa untuk kembali tunduk patuh taat kepada Allah yang satu pada malam Ramadan ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami menerima satu pesanan ringkas di telefon dari seorang wanita yang ingin mengetahui mengenai Islam. Beliau merasakan terpanggil di bulan Ramadan ini untuk tahu lebih banyak lagi mengenai Islam. Beliau sememangnya bersahabat baik dengan teman Muslim yang sering membuatkan beliau merasa sangat teruja nak mempelajari Islam.

Sudah agak lewat malam sebenarnya. Tetapi, usaha dakwah tidak boleh ditangguh-tangguh. Kami meminta izin untuk menghubungi beliau secara dalam talian. Beliau bersetuju. Setelah beberapa penerangan menggunakan teknik menyampaikan Islam dengan berkesan iaitu ASARA-PK dan sesi soal jawab diadakan, beliau tidak teragak-agak lagi untuk melafazkan syahadah sekitar jam 1.05 pagi.

Alhamdulillah, saudari Christina memilih untuk percaya & menyembah kepada Tuhan yang satu iaitu Allah. Kembali kepada agama fitrah. Rupa-rupanya, Allah hadiahkan 3 syahadah Ramadan hari ini. Allahu akhbar.

Alhamdulillah! Allahu akhbar.

Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahwasanya Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dan bahawasanya ‘Isa adalah hamba dan utusan-Nya dan kalimat-Nya yang Dia sampaikan kepada Maryam dan ruh dari-Nya, dan (dia juga bersaksi) bahawa syurga itu benar adanya dan neraka itu benar adanya, maka Allah akan memasukkan dirinya ke dalam surga berapa pun amal yang telah diperbuatnya.” [Riwayat Bukhari (3435)].Doakan beliau istiqamah. Doakan juga kami di Hidayah Centre Foundation dapat terus menyantuni juga memperkasakan mualaf ini sebaiknya..Jom! berkongsi pahala dalam usaha menyampaikan Islam dan perkasakan mualaf.👉www.dahsedekah.com👉www.dahsedekah.com.Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top