fbpx

Sebelum bermulanya fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setahun yang lalu, kami menerima panggilan daripada seseorang yang bertanyakan prosedur untuk memeluk agama Islam. Lembut bicaranya menyatakan hasrat hati yang ingin mendalami agama Islam. Puan S menyatakan pada awal perkahwinan dahulu, beliau pernah ke sebuah masjid berhampiran rumah bersama suaminya. Ketika itu beliau bersungguh-sungguh mahu memeluk agama Islam. Malangnya, beliau diminta pulang dahulu dengan alasan pada waktu itu saksi tidak mencukupi di masjid untuk mereka melafazkan syahadah.

Dengan kesibukan pelbagai urusan, mereka memendamkan hasrat di hati. Berjauh hati juga dengan layanan acuh tak acuh yang diberikan ketika kali pertama menjejakkan kaki ke masjid untuk memeluk agama Islam. Lebih 10 tahun berlalu, keluarga ini semakin berkembang. Daripada seorang anak hinggalah lahir anak yang kelima. Mereka masih tidak berpegang kepada mana-mana agama. Hidup mereka bahagia dikurniakan anak-anak, namun ada lagi rasa kosong di dalam jiwa mereka.


Puan S membuat carian di internet dan menemui Hidayah Centre Foundation (HCF). Selepas melihat kisah-kisah serta penglibatan aktif HCF dalam menyantuni mualaf, Puan S tidak teragak-agak lagi untuk menghubungi HCF. Puan S tergerak hati untuk melunaskan hasrat di hati yang telah tertangguh bertahun-tahun lamanya.Beberapa kali juga tertangguh pertemuan kami dengan keluarga Puan S dan Encik H kerana mengikut arahan PKP. Keluarga beliau tetap disantuni secara maya dan penerangan demi penerangan diberikan kepada mereka sekeluarga.
.
Alhamdulillah, dengan berakhirnya fasa PKPP yang membolehkan kami merentas daerah, akhirnya mereka sekeluarga menyatakan kesediaan untuk memeluk agama Islam. Kami bertandang ke rumah mereka bagi menguruskan pendaftaran syahadah. Alhamdulillah, berseri-seri muka kesemua insan yang disapa hidayah Allah ini setelah syahadah yang tertangguh lebih 10 tahun lamanya.
.
Kami juga berkesempatan membimbing mereka sekeluarga untuk solat berjemaah bersama-sama. Anak-anak remaja yang suci ini sungguh teruja sekali dapat menunaikan solat buat kali pertama. Kini mereka sekeluarga kembali hidup bertuhan setelah sekian lama dalam pencarian. Alhamdulillah.
.
Inilah salah satu kisah realiti kehidupan mualaf yang berlaku di luar sana. Semoga kita lebih cakna lagi dalam usaha menyantuni saudara baharu kita yang saban hari menanti-nantikan huluran tangan saudara seislamnya.
.
Hidayah Centre Foundation(HCF) telah menyantuni dan memperkasakan ribuan mualaf di seluruh Malaysia dalam aspek kelas pengajian, tenaga pengajar, pembinaan surau, bantuan asnaf mualaf dan mualaf dalam kesusahan. Usaha-usaha dakwah dan santunan mualaf ini masih berjalan berterusan seiring dengan perkembangan dan pertambahan bilangan mualaf saban hari. HCF memerlukan dana yang stabil untuk terus bergerak aktif dalam medan dakwah dan menyantuni mualaf ini.
.
Sempena bulan Ramadan ini, kami di Hidayah Centre Foundation (HCF) ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berkongsi pahala menyokong HCF dalam melaksanakan usaha dakwah & santunan mualaf. Sumbangan anda, sekecil mana pun pasti akan dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah ini. InsyaAllah, semoga beroleh ganjaran daripada Allah SWT.
.

Jom! bersama berkongsi pahala dengan HCF dalam usaha menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf 👇👇
>> www.dahsedekah.com
>> www.dahsedekah.com
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation
#KongsiPahala
#SedekahRamadan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami