fbpx

Hidayah Food Bank Meringankan Bebanan Mualaf

Alhamdulillah, baru-baru ini sukarelawan Rakan Hidayah Ampang Jaya dapat menganjurkan kembali aktiviti menyampaikan bantuan pek barangan makanan asas Hidayah Food Bank kepada 30 keluarga mualaf yang telah dikenalpasti memerlukan.

Sumbangan pek makanan ini merupakan hasil sumbangan orang ramai melalui kempen Hidayah Food Bank bagi meringankan bebanan keluarga mualaf yang melalui fasa getir pandemik Covid-19 ini.


Tuan Haji Nicholas Sylvester, CEO Hidayah Centre Foundation beserta Tuan Haji Fakharuddin, Pengarah Unit Perkhidmatan Korporat turut sama hadir menyampaikan bantuan dalam majlis serba ringkas dan mematuhi SOP ini..Terima kasih diucapkan buat semua penyumbang budiman yang bersama-sama menyumbang untuk kebajikan mualaf ini. Semoga Allah melimpahkan kebaikan buat semua penyumbang dan keluarga.

Anda masih boleh menyumbang melalui kombo RM50 dan RM30 seperti yang tertera di poster.
Hantarkan slip sumbangan ke https://wa.me/601160552445.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

#HidayahCentreFoundation
#HidayahFoodBank

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top