fbpx

SIRI CERAMAH KEPIMPINAN BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH HCF.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya siri pertama ceramah mengenai kepimpinan yang bertajuk kualiti pemimpin yang berjaya. Ceramah kepimpinan siri pertama ini telah disampaikan oleh Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh Abdullah, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Hidayah Centre Foundation.

Ceramah ini telah diadakan secara tertutup bersama hampir 70 orang staff dan pentadbir Hidayah Centre Foundation di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ceramah ini diadakan sebagai salah satu program motivasi untuk melahirkan lebih ramai lagi pemimpin di kalangan staff HCF yang bakal menerajui kepimpinan HCF dan membawa HCF ke peringkat yang lebih cemerlang lagi.

Terima kasih diucapkan buat Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh Abdullah yang sudi meluangkan masa juga berkongsi pengalaman juga ilmu bersama keluarga besar Hidayah Centre Foundation. Dalam ceramah yang disampaikan, Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh ada memetik kata-kata dari Saidina Umar Al-Khattab yang berbunyi ” Sesungguhnya kita telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka janganlah sesekali kita mencari kemuliaan daripada selainNya” .

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

Jom kongsi pahala dalam usaha meyampaikan Islam & pemerkasaan mualaf
👉www.dahsedekah.com

#HidayahCentreFoundation
#LeadershipTalk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top