fbpx

Sumbangan Pek Kegembiraan Tahun Baharu Cina 2021.

Alhamdulillah, hujung minggu baru-baru ini telah diadakan majlis penyampaian sumbangan pek kegembiraan Tahun Baharu Cina 2021.

Pada hari Sabtu, 20 Februari 2021, team HCF menuju ke Bengkel Amin Liong, salah seorang mualaf santunan HCF bagi menyampaikan pek kegembiraan Tahun Baharu Cina 2021. Seramai 20 orang yang merupakan kejiranan Amin Liong yang terdiri daripada mualaf dan individu bukan Islam berbangsa Cina telah menerima pek kegembiraan ini.

Pada hari Ahad, 21 Februari 2021 pula, Tuan Haji Nicholas Sylvester,CEO HCF telah berkesempatan untuk turun ke lapangan menyampaikan sumbangan pek kegembiraan di Program Perumahan Rakyat [PPR] Air Panas, Setapak. Seramai 20 orang penerima terdiri daripada mualaf dan individu bukan Islam berbangsa Cina menerima pek kegembiraan ini.


Encik Jefry Wong yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Cina PPR Air Panas yang juga merupakan mualaf santunan HCF telah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan pek kegembiraan yang diterima. Semoga sedikit sumbangan ini dapat memberikan senyuman buat penerima lebih-lebih lagi di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini..

Jom! bersama HCF berkongsi pahala dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf di www.dahsedekah.com .

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
#HidayahCentreFoundation
#CNY2021

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top