fbpx

1. “Yee Sang” itu apa?
2. Bolehkah melakukan Yee Sang sambil mengharapkan/mengucap tuah, kekayaan dan lain-lain harapan?

Jawapan:
1. Yee bermaksud ikan. Sang pula mentah.
2. Yee Sang atau ikan mentah/sushi ini akan digaul bersama dengan biskut, kacang, sayuran dan madu untuk dijadikan sebagai hidangan istimewa sambutan Tahun Baru Cina.
3. Makanan ini berasal dari Seremban dan hanya terdapat di Malaysia.
4. Negara lain seperti China, Hong Kong dan Taiwan tidak ada hidangan seperti ini.5. Keistimewaan Yee Sang kerana ia menjadi sebagai simbol tuah dan panjang umur.
6. Bahan-bahan yang digunakan adalah halal. Tidak ada daging binatang kecuali ikan mentah yang sebenarnya tidak ada lagi dalam hidangan Yee Sang masa kini, mungkin kerana kosnya agak tinggi.
7. Tujuan orang cina mengangkat atau menjulang tinggi Yee Sang dengan ucapan dan laungan Huat Cai atau bawa tuah hanya sekadar untuk memeriahkan suasana sambutan Tahun Baru Cina.Ia bukan doa, sekadar meletakkan harapan untuk tahun yang lebih baik.

Anda tanya, kami jawab
Dr. Ann Wan Seng,
Setiausaha Agung,
Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH)
14 Februari 2021 (Ahad)

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf #HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami