fbpx

5, 6, 7, 8 & 9 Januari 2021
Isnin – Sabtu
HCF Sarawak
.
Pada minggu yang lepas, Hidayah Centre Foundation Sarawak telah mengikuti Program Ekspedisi Ziarah Kembara Mahabbah Samarahan – Debak – Kapit – Sibu bagi tahun 2021 yang telah dianjurkan oleh Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan.
.
Program Ekspedisi Ziarah Kembara Mahabbah ini telah bermula dari hari Selasa, 5 Januari 2021 sehingga hari Sabtu, 9 Januari 2021 yang dijadualkan bermula dari Samarahan dan berakhir di Sibu. Seramai 11 orang peserta mengikuti Program Ekpedisi Ziarah ini.
.
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini dijalankan ialah Seminar Muslimah Cemerlang, Ceramah Khas Bersama Penduduk Kampung, Ziarah Saudara Kita dan Melakukan Aktiviti Kampung Bersama Penduduk Sekitar.
.
Semoga Program Ekspedisi Ziarah Kembara Mahabbah ini akan terus dilakukan supaya dapat melihat perkembangan saudara-saudara baru yang berada di Negeri Sarawak. Terima kasih Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan!
.
🔎Info lanjut mengenai HCF:
🌐Web: www.hidayahcentre.org.my
📷Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
🆕Telegram: https://t.me/buletinHCF
📥Kongsi Pahala: www.dahsedekah.com
.
#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami