fbpx

19 Disember 2020, Ahad – Baru- baru ini, Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Rakan Hidayah Convention (RHC 2020) yang telah dijalankan secara langsung di atas talian.
.
Seramai 468 orang peserta dari pelbagai negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah berdaftar bagi mengikuti konvensyen secara norma baharu yang dijalankan menerusi aplikasi zoom dan penstriman langsung di laman Facebook Hidayah Centre Foundation.

Antara program yang menjadi tumpuan ketika konvensyen yang julung kalinya diadakan ini ialah forum bertajuk sukarelawan: minat atau tanggungjawab? Forum ini menampilkan barisan panelis yang terdiri daripada Tuan Haji Nicholas Sylvester,Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Uncle Kentang,aktivis sosial, Dr Fauziah Hassan, ahli lembaga pemegang amanah MyCARE juga Ebby Lee yang bertindak selaku moderator. Forum ini mendapat maklumbalas yang begitu baik dari semua peserta selepas mendengar perkongsian pengalaman para panelis yang turun ke lapangan sukarelawan.


Bersempena dengan Konvensyen Rakan Hidayah Convention 2020, Hidayah Centre Foundation telah mengiktiraf usaha aktivis mahupun pasukan Rakan Hidayah yang cemerlang di seluruh Malaysia. Walaupun seluruh dunia kini diuji ancaman wabak Covid 19, ia sama sekali tidak menghalang para sukarelawan Rakan Hidayah untuk terus bergerak aktif dalam pelbagai usaha untuk menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf.

Tahniah kami ucapkan kepada semua Rakan Hidayah diseluruh Malaysia termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak. Kejayaan Hidayah Centre Foundation pada hari ini juga merupakan asbab usaha dan penat lelah para sukarelawan Rakan Hidayah kerana sesungguhnya Hidayah Centre Foundation ini milik ummah.

Semoga dengan anugerah yang diberikan ini dapat memotivasikan juga merancakkan lagi usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf di seluruh Malaysia.

“Allah sentiasa menolong hambaNya selagi mana hamba itu menolong saudaranya” [HR Muslim].

Sekiranya anda terlepas mengikuti perjalanan konvensyen ini, boleh menonton di link berikut 👉: https://www.facebook.com/hidayahcentrefoundation/videos/226021232372649/.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#RakanHidayah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami