fbpx

HCPG : BANTUAN PANDEMIK COVID-19, SUMBANGAN PUSAT ZAKAT SABAH

2 Disember 2020 : Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Pagalungan (HCPG) telah berjaya mengagihkan sumbangan secara berpusat kepada wakil penerima di Jeti Kg. Kuala Salung, Pagalungan. Penerima bantuan pada kali ini terdiri daripada wakil-wakil yang datang dari Kg. Kuala Salung, Kg. Buntung, Kg. Pagalungan, Kg. Silungai, Kg. Sumatalun, Kg. Sumarlang, Sumolombom, Kg. Ria dan Kg. Ampat.

Misi kali ini lebih memfokuskan kepada keluarga dan individu asnaf yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19. Seramai 103 Ketua Isi Rumah telah berjaya disantuni dan mereka sangat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang.

HCPG merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pusat Zakat Sabah diatas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan misi kali ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top