6 November 2020 – Alhamdulillah, Telekom Malaysia melalui Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) telah memberi sumbangan kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar (HCP).Sumbangan telah disalurkan kepada saudara baru yang terjejas disebabkan pandemik covid -19. Seramai 17 orang saudara baru sekitar Daerah Papar mendapat manfaat dari sumbangan yang diberikan.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban semua penerima dan seterusnya memberi sedikit kelegaan bagi menampung perbelanjaan kehidupan seharian…Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman atas keprihatinan dan sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah swt melipatgandakan ganjaran pahala dan dimurahkan rezeki.
Salurkan sumbangan anda melalui link: https://bit.ly/HCFcovid193
atau
ke akaun bank Hidayah Centre Foundation:
Maybank 5505 1085 0017
Bank Islam 1211 3010 0494 33
Bank Rakyat 1104 6100 0356
Rujukan: covid19.
Pertanyaan: https://wa.me/60134668794 (Azrul)
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf