Bengkel sabun secara online kami yang kedua telah berlangsung pada 31 Oktober 2020.
Anjuran IKRAM Perlis, Team Minat Jaga Alam Sekitar, dengan kerjasama Tadika Huda Q, Arau dan juga Rakan Hidayah Perlis.
Kami PKPB di Selangor, tak boleh keluar dari daerah. Maka pihak penganjur memilih untuk teruskan program seperti yang dirancang, hanya kami NGO Green Waste Selangor dijemput hadir secara maya seperti dalam gambar berikut. Walaupun jasad tidak bersama mereka, namun perkongsian ilmu masih tetap boleh dilaksanakan secara online.
Alhamdulillah melihatkan hasil sabun yang menjadi itu, kami sangat kagum, berpuas hati, bersyukur dan mengucapkan syabas kepada barisan pihak penganjur dan semua peserta. Anda semua telah membuktikan sekiranya ada kemahuan di situ selalu akan ada jalan. Belajar secara langsung atau secara maya, keduanya ada manfaat tersendiri.
Covid19 mengajar kita normal baharu, cara hidup baru, gaya berkempen yang baru. Kempen menjaga alam sekitar kita. Alam sekitar tanggungjawab bersama.