fbpx

2 Ogos 2020 (Ahad) | Salam Aidiladha buat semua umat Islam.

Hidayah Centre Foundation Cawangan Papar (HCP) telah mengadakan program Qurban For Muallaf yang berpusat di Surau Asma Ul-Azim, Kg Sumbiling, Bongawan yang telah memberi manfaat kepada 133 orang penerima.

Program kali ini telah dihadiri oleh 10 buah kampung yang terlibat iaitu Kg Sumbiling, Kg Damako, Kg Bungor, Kg Mansalak, Kg Tambalong, Kg Tibabar, Kg Limpasu, Kg Ambatuan, Kg Kambau dan Kg Telantang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dr. Daud Bin Yusof, Cikgu Surahman Salim (YDP IKRAM Papar), Tuan Sepirit Majit (Pengerusi Surau Asma Ul Azim), serta semua penduduk kampung.

Warga kampung yang terdiri daripada saudara baru sangat gembira dengan sumbangan qurban yang diberikan kerana dapat merasakan sendiri suasana sembelihan haiwan qurban. Saudara baru juga mengharapkan agar tahun hadapan dapat merasakan suasana ini lagi.

HCP dan warga kampung juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang terlibat qurban pada kali ini.

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.

Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami