fbpx

1 Ogos 2020 (Sabtu) Alhamdulillah, program Qurban for Muallaf Hidayah Centre Foundation cawangan Kota Kinabalu (HCKK) pada tahun ini telah diadakan di beberapa buah kampung sekitar daerah Inanam dan Kiulu termasuklah Kampung Logkou, Kiulu.

Sebanyak 2 ekor kerbau telah disumbangkan dan diagihkan kepada 162 orang keluarga asnaf di kampung Logkou dan sekitarnya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Haji Marsus Bin Jabar Penasihat Hidayah Centre Foundation Negeri Sabah, Encik Kimbih, Ketua Kampung Logkou serta saudara baru dan juga penduduk kampung non muslim.

Walaupun program ini merupakan julung kali diadakan namun kerjasama antara penduduk kampung amatlah baik dan harmoni.

Di akhir program Ketua Kampung menzahirkan perasaan yang sangat gembira atas sumbangan daging qurban yang telah diberikan kepada mereka dan mengharapkan agar pada tahun hadapan dapat diteruskan lagi.

HCKK dan warga Kampung Logkou ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman yang terlibat dalam qurban pada kali ini. Semoga amal ibadah tuan puan diterima oleh Allah swt.

Teruskan bersama kami dalam menyantuni saudara baru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami