fbpx

31 Julai 2020 (Jumaat) Alhamdulillah, program Qurban for Muallaf Hidayah Centre Foundation cawangan Kota Kinabalu (HCKK) pada tahun ini telah diadakan di beberapa buah kampung sekitar daerah Kiulu dan Inanam termasuklah kampung Kitobu.

Sebanyak 1 ekor kerbau dan 1 ekor kambing telah disumbangkan dan diagihkan kepada 30 keluarga asnaf mualaf dan fakir miskin di kampung Kitobu dan sekitarnya.

Program ini merupakan julung kali diadakan dan mendapat kerjasama amat baik dari semua penduduk kampung. Di akhir program Ketua Kampung menzahirkan perasaan yang sangat gembira atas sumbangan daging qurban yang telah diberikan kepada mereka dan mengharapkan agar pada tahun hadapan dapat diteruskan lagi.

HCKK dan warga Kampung Kitobu ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman yang terlibat dalam qurban pada kali ini. Semoga amal ibadah tuan puan diterima oleh Allah SWT.

Teruskan bersama kami dalam menyampaikan Islam dan menyantuni saudara baru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami