fbpx

31 Julai 2020 (Jumaat) Alhamdulillah, program Qurban for Muallaf, Hidayah Centre Foundation cawangan Kota Kinabalu (HCKK) pada tahun ini telah diadakan di beberapa buah kampung sekitar daerah Kiulu dan Inanam termasuklah kampung Kiambalang. Sebanyak 1 ekor kerbau telah disumbangkan dan diagihkan kepada 26 keluarga asnaf mualaf dan fakir miskin di kampung Kiambalang dan sekitarnya.

Program ini merupakan julung kali diadakan dimana proses penyembelihan dan melapah diadakan di Kampung Kobuni dan seterusnya diagihkan di Kampung Kiambalang. Penduduk kampung menzahirkan perasaan yang sangat gembira atas sumbangan daging qurban yang telah diberikan kepada mereka dan mengharapkan agar pada tahun hadapan dapat diteruskan lagi.

HCKK dan warga Kampung Kiambalang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman yang terlibat dalam qurban pada kali ini. Semoga amal ibadah tuan puan diterima oleh Allah SWT. Teruskan bersama kami dalam menyampaikan Islam dan menyantuni saudara baru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami