Alhamdulillah pada 31 Julai 2020, masa 8.00 pagi hingga 1.00 petang Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan (HCBT) telah melaksanakan ibadah ‘Qurban For Mualaf’ yang melibatkan dua buah kampung, iaitu Kg. Waang dan Kg. Kiwawoi yang bertempat di Surau Kg. Waang, Ranau.
____________________________________________
Majlis ini dihadiri oleh masyarakat kampung. Penduduk kampung yang hadir sangat teruja dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan sendiri aktiviti qurban. Alhamdulillah seramai 45 orang & keluarga menerima agihan daging Qurban.
____________________________________________
HCBT dan warga kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbangkan lembu qurban kepada kami.
____________________________________________
Firman Allah SWT yang bermaksud “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Haj 22:37
Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.
Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah
#Qurban4Mualaf
#SampaikanIslamSantuniMualaf