fbpx

Alhamdulillah pada 31 Julai 2020, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu (HCKM) telah melaksanakan ibadah ‘Qurban For Mualaf’ di Kg. Samparita, Kota Marudu, Sabah.

____________________________________________

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat muslim Kg Samparita. Penduduk kampung yang hadir sangat bersyukur dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan aktiviti qurban dalam masa yang sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Alhamdulillah seramai 72 keluarga asnaf telah menerima agihan daging Qurban.

____________________________________________

HCKM dan warga Kg Samparita ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbang seekor lembu qurban bersama Hidayah Centre Sabah.

____________________________________________

Firman Allah SWT yang bermaksud “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Haj 22:37

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua masyarakat muslim setempat khususnya golongan saudara baru.

Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah

#Qurban4Mualaf
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami